TERIMA KASIH KEPADA PELANGGAN YANG MEMBELI KEROPOK LEKOR DARI KEROPOK LEKOR POWER ORI PAHANG
Jom abang kongsikan cara memasak keropok lekor dari KEROPOK LEKOR POWER ORI PAHANG !!
RAHSIA KEROPOK LEKOR POWER ORI PAHANG YANG GEBU DAN LEMBUT
CARA PERTAMA :
keluarkan keropok lekor dari peti frozen dan bukak pembalut packing vacum dengan menguntingkan plastik di atas . Pastikan keropok lekor ini diletakkan di ruangan peti ais sejuk beku bukan di ruang biasa . Ini kerana kondisi keropok lekor memerlukan suhu yang sejuk beku bagi mengekalkan kualiti dan kemanisan di dalamnya.
CARA KEDUA :
Selepas mengeluarkan dari peti sejuk beku ( frozen ) masukkan keropok lekor tersebut di dalam bekas kukus yang telah disediakan . Keropok lekor ini perlu di kukus bagi mengembalikan ke gebuan dan kelembutan kembali tanpa mengurangkan kualiti rasa keropok lekor tersebut . Semasa kukus pastikan air dalam periuk digunakan untuk mengukus cukup panas dan biarkan selama 5 minit atau sehingga keropok lekor menjadi lembut dan sedikit kembang .

( keadaan keropok lekor selepas di kukus akan menjadi lembut dan kembang )
CARA KETIGA :
Potong keropok lekor kepada potongan kecil . Kalau abang akan potong sepanjang 2 inchi setiap potongan sebab bila makan puass la sikit .. hheehe.
Ok bab ni bergantung pada sesiapa kerana ada suka panjang ada suka pendek boleh je janji bila masak muat kuali yekk .
( keropok lekor yang sudah direbus dipotong kepada bahagian yang kecik sebelum di goreng )
GARING biasa akan nampak kekuningan seperti gambar dibawah :

Antara dua jenis teknik goreng keropok lekor di atas ada peminat nya tersendiri . Bagi yang ingin garing boleh goreng lebih lama berbanding goreng biasa . Tapi ingat jangan lama sangat nanti hangus . HEhehe..
CARA KELIMA :
Selepas goreng selesai mmg takde ape dah mmg korang pun dah makan pun . Abang tahu sebab tengok atas kuali pun dah terliur . Semasa angkat keropok lekor dari kuali pastikan TOSS minyak yang melekat baru angkat ke pinggan . Di pinggan juga letakkan tisu tebal bagi menyerap minyak yang melekat di keropok . Makan minyak banyak tak elokk yeee cegah sebelum terkene ok .
( sedia untuk dimakan *credit gambar pelanggan abang )
SELESAI
TERIMA KASIH KERANA BAGI MASA UNTUK LIHAT CARA GORENG KEROPOK LEKOR POWER ORI PAHANG